? ??????????????Lightning Bolt? ????? ?? ???Rating: 4.1 (141 Ratings)??21 Grabs Today. 27090 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Sweet Beach? ????? ?? ???Rating: 4.3 (351 Ratings)??20 Grabs Today. 103043 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ??????????? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, December 5, 2009

AKTIVITI 13

Tajuk Mini Kajian :
Permainan Pop Minda Secara Kolaboratif
Melalui Penggunaan Komputer Semasa P&P.


MATLAMAT KAJIAN TINDAKAN

i) Membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan menggunakan "peta minda" melalui penggunaan teknologi komputer.

ii) Meningkatkan penguasaan kemahiran pelajar dalam penggunaan komputer.

iii) Menjana daya kognitif pelajar bagi mencerna dan menghasilkan idea secara kreatif dan kritis melalui ilham dan gabungan idea-idea yang ada.

PERSOALAN KAJIAN

i) Adakah penghasilan peta minda melalui penggunaan teknologi komputer mampu membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan?

ii) Adakah penggunaan teknologi komputer berjaya menarik minat dan sekaligus menukar tanggapan pelajar terhadap subjek sains dan perdagangan?

Pemilihan penggunaan teknik peta minda dalam P&P adalah berdasarkan justifikasi berikut:

i) Menurut Allan M. Collins (awal 1960an)peta minda boleh digunakan bagi tujuan : - -Menyelesaikan sesuatu masalah
- Merangka bentuk pembelajaran
- Menggambarkan tahap kreativiti seseorang individu
- Menggabungkan isi-isi penting dalam sesuatu topik pengajaran dalam bentuk yang mudah difahami dan diingati.
- Memupuk semangat kerja berpasukan

Tambahan lagi, Collins turut menyatakan bahawa penggunaan peta minda memberi impak yang besar dalam aspek :

"cognitive psychology"(mengkaji proses daya pemikiran manusia), "artificial intelligence"(komputer) and "education".

Kenyataan berikut diperkukuhkan lagi oleh Buzan (1991)yang menyatakan bahawa penghasilan peta minda melibatkan penggunaan otak kiri dan kanan manusia yang membawa kepada keseimbangan daya pemikiran manusia.

Dalam kajian ini juga kami menggunakan teori Skinner iaitu aplikasi peneguhan positif . Peneguhan positif ialah satu pembentukan tingkahlaku dimana ianya lebih efektif untuk sesuatu perubahan dan pengekalan tingkah laku tersebut. Konsep ini diaplikasikan dalam kajian kami melalui permainan pop minda bagi mengukuhkan tingkah laku positif iaitu para pelajar bersaing untuk memperolehi ganjaran dengan menjawab soalan yang diajukan dengan betul. Selain itu, pelajar juga bersaing secara positif dalam membina peta minda yangkreatif dan mudah difahami.Menurut Skinner terdapat lima (5) prinsip bagi mengatasi halangan dalam pembelajaran :

i) Memberi maklum balas kepada pelajar dengan kadar segera
ii) Memecahkan tugasan kepada langkah-langkah yang lebih kecil
iii) Ulang arahan sebanyak yang mungkin supaya pelajar lebih faham dan jelas
iv) Lakukan tugasan daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks
v)Memberikan peneguhan positif

"Guru harus belajar bagaimana hendak mengajar..Mereka perlu diajar dengan cara pengajaran yang lebih berkesan"(Skinner)

AKTIVITI 12: PEMURNIAN

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan:

Pernyataan Masalah

Tujuan Kajian

Objektif Kajian

AKTIVITI 11: TUGASAN 2 JURNAL

Berdasarkan Tiga Jurnal:

Pernyataan Masalah

JURNAL 1

The Role of Reflection in Facilitators' Professional Development
within a PBL Environment
oleh Tan Hui Leng

Peranan refleksi merupakan suatu latihan pendokumenan di kalangan guru- guru. Kebanyakannya dapat melihat kepentingan praktis ini dalam kemajuan perlaksanaan pendidik di bilik darjah. Melalui pemerhatian bilik darjah dan praktis komuniti dapat dilihat contoh amalan baik refleksi dimana aembolehkan pendidik menjadi lebih bersedia dalam strategi pengajaran mereka seterusnya memperbaiki praktis di dalam bilik darjah. Walaubagaimanpun, selain daripada mengetahui manfaat dan keberkesanan refleksi, kajian juga menunjukkan bahawa tidak banyak guru- guru membuat refleksi secara berterusan terhadap pengajaran mereka.


JURNAL 2

Beginning Teachers As Teacher- Researchers
oleh Jan Gray & Glenda Campbell- Evans

Terdapat satu pengenalan pertumbuhan dalam komuniti pendidikan antarabangsa beberapa dekad yang lepas tentang keperluan untuk memulakan peningkatan guru- pengkaji dalam kursus- kursus kerajaan. Artikel ini meneroka tanggapan tentang tugas profesional bagi guru- guru novis dan kemajuan mereka sebagai guru- pengkaji yang aktif dalam kajian berasaskan sekolah, pengeluaran data daripada tinjauan yang dilakukan di Australia Barat pada 1999 dan 2000 kohort guru kerajaan. Tinjauan membangkitkan isu peluang- peluang dan konteks dimana 200 graduan baru Universiti Edith Cowan mampu untuk menggunakan kemahiran mengkaji ini semasa berada di penempatan pertama (sekolah).


JURNAL 3

Teacher Perception of the Effects and Use of Learning Aids in Teaching:
A Case Study of Winneba Basic and Secondary Schools
oleh Lade Adeyanju


Alat bantu mengajar adalah bahan- bahan dan kelengkapan pengajaran melalui pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah. Contoh- contoh alat bantu mengajar (ABM) termasuklah alatan visual, objek sebenar dan sebagainya. Dalam satu satu kajian tindakan yang dijalankan oleh pengkaji di Daerah Winneba, satu sampel tinjauan guru- guru dengan pengalaman mengajar selama beberapa tahun (antara 25 tahun) menegaskan bahawa ABM memperbaiki metodologi. Mereka mengatakan bahawa ABM mengurangkan kaedah "chalk and talk". Di Universiti Winneba, Ghana, para pelajar biasanya pergi latihan mengajar. Objektif latihan pengajaran yang pelbagai ialah untuk melibatkan para pelajar dengan sebanyak mungkin program pengajaran yang membantu mereka memejukan kemahiran pengajaran yang diperlukan, mendedahkan mereka kepada masalah murid- murid dan membimbing mereka untuk melayakkan mereka menjadi profesional. Persoalan yang timbul ialah bolehkah tanggapan guru- pelajar tentang penggunaan kelengkapan teknologi pengajaran dapat memperbaiki secara terus pengajaran mereka semasa program latihan mengajar ini dijalankan? Dapat dilihat bahawa pengajaran guru termasuklah kelengkapan guru itu sendiri dengan segala kemahiran, pengetahuan pedagogi dan dasar tentang bahan pengajaran boleh membantu guru untuk melakukan penyampaian terhadap kejayaan isi pengajaran dengan murid- murid.

AKTIVITI 10: TUGASAN 1 BUKU

Mengenalpasti Masalah Kajian Tindakan

Pada Julai 2003, Jabatan Pendidikan Kerajaan UK telah menerbitkan dokumen perundingan Towards Unified e- Learning Strategy, satu strategi yang digunakan untuk merentangi seluruh penyeliaan pendidikan, dari sekoalh rendah ke universiti. Penekanan yang diberikan dalam dokumen rundingan tersebut adalah terhadap perjumpaan jangkaan murid- murid dan memperkasakan mereka supaya mereka boleh mengeksploitasi potensi bagi teknologi baru ini. Ianya menekankan kepentingan pembelajaran berpusatkan pelajar, terhadap penyeliaan bagi pembelajaran individu langkah- kendiri dan bahan- bahan interaktif, sokongan "online" perseorangan dan bimbingan dengan pengambilan pelajar meningkatkan tanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri. Ini dicirikan oleh satu panggilan untuk menukar dan memperbaikipraktis pendidikan kita dengan memancangkan teknologi dan pendekatan baru ke dalam sekolah- sekolah, kolej dan universiti.

Tempoh rundingan tamat pada Januari 2004 dan tiada keraguan terhadap kedua- dua rujukan dan penambahan kepada strategi ini sebelum ianya dilaksanakan. Malah, guru- guru dan pelatih, pengurus dan pentadbir, pengkaji dan pekerja perlu untuk melibatkan diri dalam proses meneliti dan melaksanakan idea- idea dalam strategi e- pembelajaran yang dicadangkan. Buku ini menjadi tidak ternilai dalam tugasan ini memandangkan banyak merefleksi, jika bukan semua, aspirasi dalam pendokumenan rundingan. Buku ini menawarkan resipi yang mudah, templat ataupu pemasangan pantas. Terdapat perbincangan model- model teori dan rangka kerja yang menerangkan tentang perlaksanaan pembelajaran "online" dan satu gambaran kajian tindakan bagi aplikasinya, bersama- sama rangka kerja kajian tindakan.

Proses Kajian Tindakan melibatkan tiga fasa utama iaitu :

i) Lihat : membina gambaran dan mengumpul maklumat. Apabila proses penilaian dibuat, kita mengenalpasti dan menghuraikan masalah untuk dikaji dalam konteks yang telah ditetapkan. Kita juga menerangkan tugas-tugas peserta (pendidik, ahli pengkaji dll).

ii) Fikir : Menterjemah dan menerangkan. Apabila menilai kita menganalisis dan menterjemahkan situasi tersebut. Kita membuat refleksi ke atas apa yang para peserta telah lakukan.Kita juga melihat kepada sebarang kelebihan dan kekurangan, isu atau masalah yang wujud.

iii) Tindakan : Menyelesaikan isu dan masalah. Dalam penilaian kita mengadili nilai, keberkesanan, kesesuaian dan hasil daripada aktiviti tersebut. Kita bertindak untuk merumuskan penyelesaian kepada sebarang masalah.

Saturday, November 21, 2009

TUGASAN 9: AKTIVITI 4- MINI KAJIAN TINDAKAN

MATLAMAT KAJIAN TINDAKAN

1. Membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan menggunakan "peta minda" melalui penggunaan teknologi komputer.

2. Meningkatkan penguasaan kemahiran pelajar dalam penggunaan komputer.

3. Menjana daya kognitif pelajar bagi mencerna dan menghasilkan idea secara kreatif dan kritis melalui ilham dan gabungan idea-idea yang ada.

PERSOALAN KAJIAN

- Adakah penghasilan peta minda melalui penggunaan teknologi komputer mampu membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan?

- Adakah penggunaan teknologi komputer berjaya menarik minat dan sekaligus menukar tanggapan pelajar terhadap subjek sains dan perdagangan?

Friday, November 20, 2009

TUGASAN 8: AKTIVITI 4- MINI KAJIAN TINDAKAN

Berdasarkan tajuk kajian, huraikan cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran.

Cadangan (individu & pasukan)

Permainan "POP MINDA" dalam Proses P&P dengan Aplikasi Komputer"

Pelajar perlu mengambil isi-isi penting tentang kandungan pengajaran dan kemudian diolah ke dalam bentuk peta minda melalui pengggunaan komputer berdasarkan kreativiti masing-masing supaya dapat mengukuhkan tahap kefahaman dan ingatan pelajar terhadap isi pengajaran.

Cadangan dari luar pasukan

Guru subjek Perdagangan dan Sains perlu lebih kreatif dan bersedia untuk mengadakan pelbagai aktiviti dalam kelas bagi menarik minat pelajar dalam memahami topik yang dipelajari. Selain itu, aktiviti yang dijalankan perlulah melibatkan keseluruhan pelajar dan guru hanya memberi skafolding dalam sesi aktiviti tersebut. Perbincangan pelajar secara berkumpulan dan soal- jawab antara pelajar - guru perlu sentiasa dilaksanakan supaya penguasaan topik lebih efisien.

Berdasarkan ulasan literatur

Kajian tindakan yang dilaksanakan banyak memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar dan guru sahaja, malah ia juga memberi kesan yang positif kepada sekolah atau institusi pendidikan itu sendiri. Antaranya ialah i) mereka dapat memperluaskan pengetahuan sedia ada dan kemahiran mereka yang berkaitan dengan gaya dan pendekatan pengajaran yang digunapakai sebelum ini. ii) memperluaskan pengalaman dan juga meningkatkan keyakinan para guru dalam melaksanakan sesuatu pendekatan baru dalam proses P&P. iii) mewujudkan kolaborasi dan kerjasama antara sekolah, guru dan institusi pendidikan (kolej, universiti) yang menjalankan kajian tindakan dalam usaha memperbaiki pendekatan, teknik dan strategi yang digunapakai oleh para pendidik.
Sumber: Sa'adah Ridwan and Dr.Kardiawarman (2007)

TUGASAN 7: AKTIVITI 4- MINI KAJIAN TINDAKAN

Berdasarkan tajuk kajian, huraikan kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan.

SUBJEK SAINS
  • Terlalu banyak fakta, teori dan rumus yang perlu difahami, dihafal dan diingat.
  • Bahasa pengantar yang digunakan iaitu Bahasa Inggeris menjadikan pelajar sukar untuk memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh guru.
  • Subjek sains padat dengan pelbagai aktiviti dalam makmal (experiment) menjadikan pelajar kurang gemar untuk melakukannya kerana tidak mahir mengendalikan bahan-bahan kimia dan radas-radas di dalam makmal.
  • Pelajar-pelajar tidak memahami dan hanya menghafal konsep/teori dalam subjek sains menjadikan mereka tidak tahu mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.

SUBJEK PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

  • Kelemahan subjek ini ialah memandangkan subjek ini berbentuk fakta, ianya kurang mendapat minat daripada sesetengah pelajar kerana memerlukan pelajar menghafal dan mengingat segala teori-teori yang terdapat di dalam kandungan pelajaran.

Pengalaman dari pasukan lain.

Antara kelemahan subjek perdagangan dan sains ialah isi pengajaran yang melibatkan banyak fakta yang perlu diingat dan dihafal oleh pelajar. Ini memberi sedikit kebosanan kepada pelajar untuk sentiasa mengingat nota- nota penting dalam menguasai topik-topik yang dipelajari. Selain itu, para pelajar juga perlu sentiasa bersedia dan mahir dengan perkembangan/ isu semasa supaya tidak ketinggalan dan terbelakang dengan topik yang akan/ telah dipelajari.

Berdasarkan ulasan literatur

Kajian yang dijalankan mendapati pelajar-pelajar mengalami masalah dan kesukaran dalam mata pelajaran sains (Biostatistics) . Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar sukar untuk mengingati formula dan teori pengajaran, mengingati formula tetapi tidak tahu untuk menggunakannya. Selain itu, pelajar juga menganggap subjek sains sesuatu yang sukar dan membosankan.
Sumber : Action Research: An Approach For The Teachers in Higher Education. By Ghazala Yasmeen (Dept. of Physiology, University Of Karachi).

Kajian yang dijalankan juga menunjukkan pelajar tidak dapat menghubungkaitkan set idea dengan konsep atau teori pengajaran sains secara logik, misalnya tindakbalas kimia (chemical reaction). Tahap kefahaman mereka dalam sains sentiasa berubah-ubah (inconsistent) dan hanya percaya kepada sesuatu kejadian atau fenomena itu berlaku apabila ianya dapat dilihat. Contohnya, pelajar sukar memahami konsep perubahan tenaga diikuti dengan pertukaran tindak balas kimia yang melibatkan proses pembinaan dan penguraian ikatan molekul (bond breaking and bond making).
Sumber: Twelfth Grade Students' Undestanding Of Oxidation and Combustion: Using Action Research to Improve Teachers' Practical Knowledge and teaching Practice. By Nicos Valanides (University of Cyprus), Athanasia Nicolaidou (Ministry of Education and Culture, Cyprus), Ingo Eilks (University of Dourmand, Germany).

Bagi matapelajaran berbentuk fakta pelajar kadangkala keliru untuk membezakan antara fakta dan huraian. Tambahan pula dalam buku teks terdapat percampuran antara fakta-fakta dan huraian. Proses mengenal pasti fakta dan isi ini mengambil masa yang lama untuk kumpulan sasaran ini.
(Sumber:Jamaludin Ag. Damit,2008)


TUGASAN 6: AKTIVITI 4- MINI KAJIAN TINDAKAN

Berdasarkan tajuk kajian, huraikan - kekuatan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan.

SUBJEK SAINS

  • Sains adalah suatu mata pelajaran yang berkisarkan tentang ilmu yang berurusan dengan dunia fizikal dan pelbagai kebendaan yang wujud di sekeliling manusia. Melalui pengajaran sains, pelajar-pelajar dapat mengenalpasti fenomena, kejadian dan pembentukan yang berkaitan dengan dunia fizikal seperti gerhana matahari dengan lebih mendalam apabila memahami konsep sebenar pengajaran sains.
  • Subjek sains dapat memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar seperti menghargai, mensyukuri dan melahirkan rasa kasih sayang terhadap benda-benda yang wujud di sekeliling mereka seperti flora dan fauna, matahari, hujan dan angin.
  • Pelajar-pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan dan informasi yang berkaitan dengan pengajaran sains dalam kehidupan harian mereka seperti pengamalan diet yang seimbang.

SUBJEK PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

  • Ilmu bagi matapelajaran boleh diaplikasikan di dalam kehidupan seharian pelajar. Pelajar boleh mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari contohnya di dalam mengendalikan perniagaan seperti perniagaan keluarga atau sebagainya. Selain itu matapelajaran ini juga dapat menerapkan sifat-sifat keusahawanan dalam diri seseorang pelajar selaras dengan kehendak kerajaan yang menggalakkan aktiviti keusahawanan.
  • Bagi pihak guru, kekuatan matapelajaran perdagangan ini ialah ianya boleh di ajar dengan pelbagai kaedah seperti kaedah, kuliah atau mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Guru juga boleh mengaitkan isu-isu semasa dengan subjek ini memandangkan teori-teori perdagangan yang ada didalam kandungan pelajaran ada yang diadaptasi oleh syarikat-syarikat perniagaan masakini.
Pengalaman dari luar pasukan

Mata pelajaran perdagangan dan sains diajar mengikut perkembangan semasa dan mempunyai hubung kait dengan aktiviti harian. Selain itu, subjek ini juga membantu dan membimbing pelajar dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Para pelajar berpeluang menjana idea mereka dalam menghasilkan pandangan yang kreatif dan rasional tentang aktiviti pengajaran. Subjek perdagangan ini juga merupakan sesuatu yang menarik kerana pelbagai aktiviti yang boleh dirancang dan dilaksanakan sesuai dengan topik yang diajar.





Tuesday, November 17, 2009

AKTIVITI 5: TUGASAN 1 BUKU & TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

Baca secara individu: MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan ?

Guru perlu melakukan kajian tindakan kerana boleh melihat kelemahan diri sendiri dan mengubah kelemahan tersebut. Terutama sekali jika kelemahan guru itu mempengaruhi pelajar. Contohnya, dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru sentiasa menggunakan teknik pengajaran yang sama menyebabkan pelajar bosan dan tidak memberi perhatian. Tindakan yang perlu diambil oleh guru tersebut ialah mempelbagaikan teknik mengajar ketika berada di dalam kelas.Secara tidak langsung kajian tindakan ini meningkatkan daya kerja seseorang guru dan meningkatkan pencapaian pelajar.

Bincang dengan pasangan anda MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan ?


Kajian tindakan adalah penting kerana ianya merupakan salah satu teknik pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mempertingkatkan lagi kualiti pengajaran. Selain daripada dapat menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran seharian, penggunaan pendekatan kajian tindakan ini juga dapat membantu guru untuk mengubah amalan pengajaran kepada satu corak baru yang lebih berkesan. Kajian tindakan sebagai salah satu pendekatan P&P dalam bilik darjah dapat membantu guru berhubung dengan penambahbaikan kebiasaan atau budaya pengajaran dalam bilik darjah dan menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid. Ia juga mampu membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri. Oleh kerana guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah masing-masing maka kajian tindakan akan membantu mereka untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang difikirkan mampu memberi peningkatan yang positif bukan sahaja dari aspek akademik tetapi sahsiah dan akhlak dalam diri pelajar-pelajar mereka.

Bincang dengan pasangan anda mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?

Tajuk kajian tindakan ini adalah bersesuaian dengan masa dan keadaan pelajar pada masa sekarang yang selalu inginkan pembaharuan dan sesuatu yang dapat menarik perhatian dan minat mereka semasa proses P&P berlangsung. Berdasarkan persekitaran pembelajaran dan juga aktiviti pembelajaran yang disediakan, satu proses pembelajaran yang lebih konstruktif dan aktif dapat disediakan untuk kegunaan pelajar. Ini seterusnya diharapkan dapat menghasilkan pelajar yang bukan sahaja mampu membina kefahaman sendiri serta mencipta dan menjana idea-idea baru tetapi juga tidak menghadapi masalah untuk berkongsi idea dan bekerja dalam kumpulan.

Selain itu, pendekatan digunakan ini dapat mengukuhkan ingatan pelajar mengenai tajuk dan langkah-langkah untuk melaksanakannya. Pelajar lebih mudah memahami isi pelajaran dan menimbulkan minat untuk belajar. Kesilapan pelajar dapat dibetulkan oleh guru, ini secara tidak langsung membaiki kualiti pengetahuan pelajar.Dalam strategi pembelajaran aktif, pelajar bukan sahaja belajar dari dari guru malah pelajar boleh mendapatkan maklumat menggunakan kemudahan teknologi maklumat. Pelajar akan mendapatkan maklumat yang diperlukan secara sendiri yang dikatakan akses kendiri. Pelajar digalak untuk meneroka dan mendalami bidang ilmu tertentu supaya mendapat tahap pencapaian yang cemerlang.

Tambahan lagi, pendekatan yang digunakan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang pembelajaran berasaskan komputer (computer-based learning) sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu, pelajar-pelajar juga dapat mempelajari kemahiran bagaimana menggunakan computer dengan betul dan juga dapat meningkat daya kreativiti mereka.

TUGASAN 4: MINI KAJIAN TINDAKAN

Kemukakan apakah cadangan mini kajian tindakan yang anda ingin lakukan dalam pengajaran mikro yang mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran?

Permainan “Pop Minda” secara kolaboratif berasaskan komputer semasa proses P&P.

Siapakah peserta kajian?

Peserta kajian terdiri daripada 40 oarang pelajar iaitu 18 orang pelajar aliran sains dan 22 orang pelajar dalam aliran perdagangan.

Di mana setting kajian?
Kajian ini diadakan di dalam bilik darjah semasa proses P&P.

Monday, November 16, 2009

TUGASAN 3: LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM SENIOR




KOLOKIUM
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH JANUARI 2009


Tarikh:
26- 27 Oktober 2009

Tempat:

Palm Garden Hotel IOI Resort, Putrajaya


"Holistik dan Ve
rsatil"






LAPORAN I


MENINGKATKAN TINGKAH LAKU POSITIF DI KALANGAN PELAJAR DI DALAM KELAS DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK PENEGUHAN SKINNER
oleh: Fadilah binti Mahabob & Siti Sara binti Abdul Rahman


Pernyataan Masalah
Berdasarkan analisis soal selidik yang dijalankan, didapati pelajar SMK Seremban Jaya kurang melibatkan diri dalam P&P disebabkan kaedah pengajaran yang berbentuk syarahan tanpa menggunakan alat bantu mengajar yang menarik. Bagi menangani masalah ini, penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai telah digunakan semasa kajian ini dengan tujuan meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam P&P.

Metodologi
Kajian dijalankan ke atas pelajar Tingkatan 4 di SMK Seremban Jaya, Seremban.
Prosedur Kajian:
• Merancang
• Melaksana
• Refleksi
• Memerhati

Setting Kajian
Prosedur Kajian: Pada awalnya, pelajar diberikan soalan pra ujian. Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan diminta membuat lakonan berdasarkan suatu topik dan dipersembahkan pada hari yang ditetapkan. Kumpulan yang berjaya menyampaikan lakonan dengan baik akan mendapat ganjaran. Akhir sekali, guru memberi soalan post ujian kepada pelajar.

Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Data dan maklumat keputusan ujian dipindahkan dalam bentuk analisis graf. Melalui graf, dapat dilihat keseluruhan pelajar mempunyai peningkatan pencapaian dalam aspek gred yang diperolehi. Terdapat sedikit peningkatan bilangan pelajar yang memperoleh gred A dan peningkatan ketara dapat dilihat pada jumlah bilangan gred B dan C. Ini menunjukkan perubahan positif di mana hanya sedikit sahaja bilangan pelajar yang mendapat gred D. Ini kerana pelajar yang gagal sebelum ini telah berjaya memperoleh gred C dan D.

Implikasi Kajian
Antara aspek yang ditekankan semasa kajian dijalankan ialah pematuhan arahan guru, kerjasama antara kumpulan dan kreativiti pelajar. Setiap pelajar/ kumpulan menunjukkan peningkatan positif pada ketiga- tiga aspek ini secara berperingkat. Secara kesimpulannya, kaedah peneguhan Skinner mampu untuk meningkatkan tingkah laku positif dikalangan pelajar dan mengurangkan tingkah laku negatif pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan motivasi pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Apa Yang Dapat Saya Pelajari
Melalui kajian, ini saya dapat mempelajari beberapa perkara iaitu peneguhan Skinner yang berbentuk positif boleh diaplikasikan pada pelajar semasa P&P dijalankan. Namun, peneguhan positif ini bukan hanya sesuai dijalankan pada waktu akhir persekolahan, malah boleh dilaksanakan pada bila- bila masa mengikut kreativiti guru tersebut. Peneguhan positif bukan sahaja dengan memberi hadiah, tetapi boleh dimurnikan dengan pelbagai cara dan bentuk.

Sebagai memberi ulasan bagi tajuk kajian ini, saya berpendapat tajuk kajian ini terlalu menjurus kepada objektif kajian. Tajuk kajian tindakan sepatutnya perlu menekankan teknik, kaedah ataupun model yang digunakan dan tidak perlu memberi sebab mengapa ianya dijalankan. Ini lebih spesifik pada ruangan objektif dan matlamat kajian tersebut. Tajuk yang dicadangkan ialah "Aplikasi Peneguhan Skinner Berbentuk Positif di Dalam Bilik Darjah".


LAPORAN II

MENINGKATKAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DENGAN MEMPELBAGAIKAN ALAT BANTU MENGAJAR
oleh:
Nurkhalisah binti Mustapa, Nadiah binti Yusof & Hafizah binti Mohamed


Pernyataan Masalah
Daripada pemerhatian yang dibuat, didapati pelajar tidak menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung. Kaedah Peneguhan Skinner di lakukan bagi meningkatkan tingkah laku positif di kalangan pelajar.

Metodologi
Mengenalpasti isu, masalah atau situasi yang hendak dikaji.
Merancang penyelidikan.
Melaksanakan tindakan dengan pelbagai ABM iaiti power point (cd @ dvd), gambarajah yang menarik, permainan dan muzik serta bahan maujud.
Memerhati dan mengumpul data atau maklumat dan menganalisis.
Mereflek dan menilai kesan kajian tindakan.

Temubual
Melalui temubual yang dijalankan terhadap pelajar, di dapati hampir keseluruhan daripada mereka menyatakan kini lebih berminat dan seronok untuk belajar, daya tumpuan telah meningkat serta berani untuk mengemukakan soalan kepada guru.

Keputusan ujian
Analisis terhadap keputusan ujian bulanan yang telah di jalankan oleh pihak sekolah, didapati bahawa terdapat peningkatan dari segi kelulusan pelajar terhadap subjek yang telah diajar dengan menggunakan alat bantu mengajar yang pelbagai.

Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Tiada pengumpulan data secara kuantitatif. Kajian pembentang ini hanya bergantung pada pemerhatian pada tahap pencapaian pelajar dalam ujian yang dijalankan oleh pihak sekolah.

Implikasi Kajian
Berdasarkan daripada analisis dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai dan menarik dapat meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun beberapa penambahbaikan dikenalpasti iaitu kajian perlu dijalankan terhadap subjek-subjek lain supaya hasil kajian lebih tepat dan berkesan. Selain itu, tempoh kajian untuk melihat keberkesanan yang lebih efektif.


'Teaching strategy & teaching aid adalah aspek yang berbeza...'

Apa Yang Dapat Saya Pelajari
Melalui kajian, ini saya dapat mempelajari bahawa guru harus mempelbagaikan teknik pengajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar yang lebih menarik dan lebih difahami oleh pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penulisan objektif dalam slaid/ pembentangan tidak begitu baik kerana apa yang saya tahu dan belajar semasa membuat tesis Ijazah, perbandingan dilakukan pada aspek yang sama. Objektif yang dinyatakan ialah: mengubah amalan guru daripada teknik pengajaran syarahan kepada alat bantu mengajar yang pelbagai. Objektif kajian perlu ditekankan dan diutamakan kerana ia adalah tunjang sesuatu kajian.

Seperti tajuk kajian 1 di atas, tajuk kajian tindakan yang kedua ini juga perlu lebih telus dan tidak menggambarkan objektif kajian yang dilakukan. Dalam kajian ini, tajuk yang dicadangkan sesuai adalah "Kepelbagaian Alat Bantu Mengajar dalam Proses Pembelajaran & Pengajaran di Bilik Darjah".

AKTIVITI 2: TUGASAN JURNAL

ARTIKEL 1:

Action Research: An Approach For The Teachers In Higher Education
oleh Ghazala Yasmeen. Department of Physiology, University of Karachi.

Kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penyelidik ialah melalui kaedah pembelajaran kolaboratif yang melibatkan guru dan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru berperanan sebagai fasilitator atau pemangkin (catalyst), manakala pelajar bekerja dalam kumpulan dengan lebih otonomi dan penglibatan guru adalah kurang.

Persoalan kajian:

- Adakah pendekatan pembelajaran secara kolaboratif dapat menangani masalah pelajar-pelajar yang menghadapi kesukaran dalam memahami matapelajaran Biostatistics?

- Adakah pendekatan pembelajaran secara kolaboratif dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti P&P?

Sampel kajian: Kajian yang dijalankan melibatkan 45 orang pelajar.

Setting kajian: Kajian ini dijalankan di dalam bilik darjah.

Kajian tindakan (prosedur):

Kajian ini dijalankan secara kolaboratif yang melibatkan guru sebagai fasilitator dan pelajar bergiat aktif dalam aktiviti di dalam bilik darjah semasa proses P&P dilaksanakan. Peningkatan dalam pencapaian pelajar di dalam bilik darjah adalah criteria yang digunakan untuk menilai tahap perkembangan pelajar secara berperingkat. Dalam perlaksanaan kajian ini, penyelidik menggunakan model Kemmis dan Mc Taggart yang memfokuskan terhadap pemerhatian (observe), perancangan (plan), tindakan (action), penilaian (evaluation) dan refleksi pelajar-pelajar. Kesemua kitaran ini akan berulang dengan melakukan penambahbaikan terhadap perancangan awal.

Pengumpulan data:

Data kualitatif
• Hasil lembaran kerja
• Soal jawab di dalam bilik darjah
• Latihan penyelesaian masalah
•Temubual pelajar berkisarkan tentang pendapat mereka tentang matapelajaran Biostatistic

Penganalisisan data:

(i) Pemerhatian
- Para pelajar hilang daya tumpuan di dalam bilik darjah. Apabila mereka diberi latihan yang memerlukan mereka mencari jalan penyelesaiannya, mereka mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan tugasan tersebut.

(ii) Diagnosis
- Pelajar-pelajar menyatakan masalah mereka dalam matapelajaran tersebut. Antaranya ialah (a) lupa formula, (b) ingat formula tetapi tidak tahu untuk menggunakannya dengan betul.

(iii) Perancangan
- Pelajar diminta mengemukakan seberapa banyak cara penyelesaian (formula) dalam tugasan yang diberikan. Pendekatan yang berbeza digunakan misalnya, menulis formula, menulis formula setiap hari, menyusun ujian-ujian yang berasingan, menulis formula pada papan kenyataan.

(iv) Tindakan
- Setiap pelajar hendaklah menulis formula pada tepi nota dengan menggunakan dua kata kunci iaitu “di mana dan bagaimana hendak menggunakannya”. Mereka hendaklah mengingat kembali formula-formula tersebut setiap masa sebelum membuka buka nota supaya sebarang kesilapan boleh diperbaiki. Pelajar juga boleh menggunakan formula tersebut dengan contoh-contoh soalan yang sesuai dan berkongsi antara satu sama lain. Perbincangan dalam kumpulan atau bertanya secara langsung dengan guru sekiranya ada persoalan atau kekeliruan dalam pembelajaran mereka.

(v) Penilaian
- Tugasan diberikan kepada pelajar-pelajar dan daripada kajian yang dijalankan kesilapan pelajar yang sering dilakukan dalam matapelajaran Biostatistics adalah berkurangan. Ini menunjukkan semangat kerjasama wujud di kalangan mereka. Mereka juga memahami konsep pembelajaran dengan lebih baik.

(vi) Pembelajaran – Refleksi
- Minat pelajar terhadap matapelajaran tersebut meningkat dan ini menunjukkan bahawa penggunaan strategi pembelajaran yang betul akan membantu meningkatkan tahap pembelajaran pelajar berbanding dengan apa yang dijangkakan.

ARTIKEL 2:

The Role of Reflecton in Facilitators' Professional Development
within a PBL Environment
oleh Tan Hui Leng.

Kajian Tindakan yang dijalankan penulis ialah peranan refleksi dalam kemajuan dan praktis pendidik di Politeknik Republik, dimana guru menggunakan metodologi Problem Based Learning (PBL) Satu Hari- Satu Masalah. Gjru- guru ditanya kekerapan mereka merefleksi diri dan jika mereka mampu menghubungkaitkan perubahan yang mereka lakukan dalam strategi pengajaran kepada refleksi tersebut.

Persoalan Kajian:

- Adakah guru- guru di Politeknik Republik merefleksi diri pada praktis/ pengajaran bilik darjah?

- Apakah strategi yang digunakan untuk merefleksi diri?


Sampel kajian:
Guru- guru di Politeknik Republik seramai 141 orang.

Setting kajian:.
Sekolah Politeknik Republik, Singapura


Metodologi:

Metodologi I
Satu Hari- Satu Masalah. Dasar pedagogi ini adalah kepercayaan bahawa pembelajaran merupakan suatu aktiviti individu yang boleh dipengaruhi oleh "kebijaksanaan merancang dan perlaksanaannya". Satu Hari- Satu Masalah distrukturkan pada dua tahap-

1. Rancang kurikulum dan skafolding dimana masalah adalah kraf berikutan satu set objektif pembelajaran pada tahap makro (mudul), dan diskafold oleh fasilitator pada tahap mikro (bilik darjah)

2. Para pelajar memilih cara pembelajaran yang disukai dalam kurikulum yang dirancang dan setting pasukan. Tetapi melalui struktur ini, para pelajar bebas untuk mengurus, berbincang, menilai, memilih penemuah yang diperoleh berdasarkan kepada kecenderungan mereka.

Metodologi II
Menggunakan borang soal selidik (diberikan sebaik sahaja guru- guru menjalani bengkel 3- jam berkaitan peranan refleksi dalam kemajuan profesional.


Hasil dapatan kajian melalui soal selidik di terjemahkan dalam bentuk carta pai (peratusan) berdasarkan beberapa kriteria iaitu:
Keputusan 1- Refleksi sebagai suatu praktis
Keputusan 2- Lokasi refleksi
Keputusan 3- Hubungan antara refleksi dan praktis di bilik darjah


ARTIKEL 3:

Helping Students to Add Detail and Flair to the Stories
oleh Pooja Patel & Leslie Laud

Contoh Kajian Tindakan Penulis- Pengkaji ingin memastikan keberkesanan kaedah yang digunakan dalam meningkatkan prestasi pelajar masalah pembelajaran dalam subjek penulisan.

Persoalan Kajian :
Adakah kombinasi kaedah "Self-Regulated Strategy Development" dan " Visualising & Verbalizing" dapat membantu pelajar bermasalah pembelajaran dalam penulisan karangan.

Sampel Kajian :
3 orang pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran (language based learning disabilities)

Setting Kajian :
School inNortheaster US, 55 minutes of classroom support, three times per week, this resource class was taken during the foreign language timeslot.


Prosedur Kajian :

1. Guru memberikan buku cerita kepada pelajar dan meminta mereka membincangkan isi kandungan cerita tersebut dengan rakan-rakan tanpa pengawasan guru untuk melihat latarbelakang pencapaian pelajar.

2. Apabila selesai, pelajar diminta mengulas dan guru memberikan komen.

3. Guru membimbing pelajar mengembangkan idea melalui gambar dan Wh question.Pelajar diminta membuat satu karangan berdasarkan gambar dan soalan yang diberikan oleh guru (berdasarkan WH question)

4. Pelajar diminta mengulangi langkah-langkah menulis berdasarkan gambar dan WH question secara berulang-ulang dengan bantuan gambar dan soalan.

5. Pelajar diminta menulis karangan tanpa bimbingan gambar/soalan.

6. Data diperolehi daripada ujian sebelum dan selepas. Pemarkahan berdasarkan jumlah perkataan, tatabahas
a, penilaian keseluruhan.

AKTIVITI 1: ULASAN BUKU

SUMBER:

1) Curriculum & Imagination: Process Theory, Pedagogy and Action Research
oleh James Mc Kernan (2007)

2) Developing Innovation in Online Learning: An Action Research Framework
oleh Maggie McPherson & Miguel Baptista Nunes (2004)


APA ITU KAJIAN TINDAKAN?


Menurut James Mc Kernan, Kajian Tindakan merupakan satu bentuk inkuiri sosial yang berbentuk kolaboratif atau bercorak inkuiri refleksi kendiri. Dalam konteks ini, Kajian Tindakan dikendalikan oleh para peserta (pengkaji, guru dan pelajar) yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktikal dalam usaha penambahbaikan kualiti dan mutu hidup di dalam penetapan sosial. Kajian Tindakan mampu memberi penghakiman dan juga membuktikan kebenaran berdasarkan alasan-alasan yang praktikal. Selain itu juga, Kajian Tindakan merupakan satu bentuk kajian yang diambil alih oleh pengkaji dalam situasi sosial untuk memperbaiki kerasionalan dan keadilan sosial mereka mahupun praktis pembelajaran, sebagaimana mereka faham tentang praktis dan situasi ini diimplementasikan.

Buku yang kedua, Developing Innovation in Online Learning: An Action Research Framework oleh Maggie McPherson & Miguel Baptista Nunes meneroka Kajian Tindakan sebagai satu pendekatan untuk menyokong pemikiran inovatif dan pengkajian dalam pembelajaran "online" dan mencadangkan suatu rangka kerja maklumat pendidikan yang spesifik bagi inkuiri jenis ini. Rangka kerja yang dicadangkan berteraskan pada para guru pelatih berdasarkan pada empat blok bangunan asas: konteks organisasi, model pedagogi, setting pendidikan dan proses penilaian.


PANDANGAN PENGULAS TENTANG KAJIAN TINDAKAN:

Kajian Tindakan merupakan satu kajian yang berbentuk ilmiah yang berdasarkan kewujudan permasalahan dalam situasi sebenar. Kajian dibuat bertujuan mencari penyelesaian terhadap masalah yang timbul dan membuat perubahan ke arah peningkatan pencapaian kendiri.

Kajian Tindakan melibatkan penyertaan secara individu, kajian oleh orang luar berbantukan pihak dalaman serta kajian secara berkumpulan.

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, kajian tindakan merupakan satu pendekatan untuk menyokong pemikiran inovatif serta mengkaji pembelajaran yang pelbagai yang boleh digunapakai dari masa ke semasa. Kajian Tindakan merupakan satu proses berterusan sehingga mencapai tahap yang terbaik dan dapat dilaksanakan dengan kesesuaian keadaan persekitaran (wang, masa dan tempat). Disamping itu, Kajian Tindakan memberi banyak manfaat terutamanya kepada golongan guru dalam memperbaiki kemahiran dalam mempertingkatkan tahap profesionalisme dan keaktifan bagi perubahan pendidikan yang lebih positif.

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN KELAS: KONSEP DAN MODEL KAJIAN TINDAKAN


Dalam ucapan perasmian Seminar Kebangsaan Penyelidikan Pendidikan
1993, Dr. Wan Zahid berkata;

"Dalam konteks untuk mengenal pasti pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Kajian Tindakan perlu dijalankan di peringkat sekolah, terutama oleh guru-guru yang terlibat dalam kegiatan pengajaran di bilik-bilik darjah. Pihak guru-guru besar perlu menggalakkan guru-guru menjalankan Kajian Tindakan kerana melalui kegiatan tersebut, pihak guru- guru berkenaan boleh memperbaiki proses pengajaran mereka. " (Prosiding Seminar, hlm. 15)

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988). Elemen penting dalam kajian tindakan ialah keupayaan peserta, kolaborasi melalui penyertaan, pemerolehan pengetahuan dan perubahan sosial. Kajian tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat - tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.


Zuber-Skeritt (1992) mendefinisikan kajian tindakan dengan menggunakan CRASP:
Critical collaboration enquiry by
Reflective practitioners who are
Accountable in making the results of their enquiry public
Self evaluative in the practice and engaged in
Participative problem solving and continuing professional development

(inkuiri kolaborasi kritikal oleh pekerja mahir dan terlatih yang reflektif dimana bertanggungjawab dalam membuat keputusan bagi keterangan umum. Ini melibatkan penilaian diri dalam latihan dan berkaitan dengan kebolehsertaan dalam penyelesaian masalah dan meneruskan kemajuan professional).

MODEL KAJIAN TINDAKAN

1. Model Lewinian (1946)


Kajian tindakan telah dimulakan oleh Kurt Lewin pada tahun 1946. Pada penyelidikan awalnya, beliau menitik-beratkan perubahan-perubahan terhadap sikap dan perlakuan manusia dalam beberapa bidang sosial seperti perkara-perkara yang berhubung dengan kebiasaan pemakanan dan hasil pengeluaran kilang. Penyelidikan ini telah dibuat pada penghujung perang dunia kedua. Sebaik sahaja selepas perang dunia kedua, beliau menjalankan penyelidikan tentang prasangka dan perhubung antara kumpulan sosial. Idea beliau ini telah digunakan oleh rakan-rakan sekerja dan pelajar-pelajarnya dalam penyelidikan pendidikan tentang penggubalan kurikulum dan peningkatan profesionalisma perguruan.

Observation and Reflection (WHAT?)
Peringkat ini melibatkan pengalaman. Contohnya, apa yang berlaku semasa aktiviti simulasi kemiskinan? Apa atmosfera pada masa itu? Bagaimana perasaan? Adakah berfikir atau berubah perasaan terhadap aktiviti tersebut? Bincang bagaimana membuat keputusan semasa latihan ini. Bagaimana menghubungkaitkan dengan yang lain dalam keluarga dan orang dalam komuniti?

Formation of Abstract Concepts and Generalisations (SO WHAT?)
Peringkat ini melibatkan konsep- konsep abstrak atau kesimpulan menyeluruh tentang isu global kemiskinan yang boleh lakukan berdasarkan pengalaman. Contohnya apa gambaran lebih luas? Bagaimana pengalaman dalam simulasi yang berkait pada gambaran lebih luas tentang kemiskinan? Apa yang dipelajari tentang system/ institusi social? Apa konsep- konsep/ idea- idea baru tentang kemiskinan yang boleh dikuti daripada pengalaman?

Testing Implication Concepts In New Situasions (NOW WHAT?)
Peringkat ini ialah berkaitan bagaimana pengalaman merasai aktiviti simulasi kemiskinan boleh memberi kesan pada tingkah lakudan sikap pada masa depan. Adakah sekarang kemiskinan atau berkaitan dengannya dilihat secara berbeza, dan jika ya, bagaimana ini akan menjadi bukti dalam kehidupan? Bagaimana boleh digunakan apa yang dipelajari dalam situasi kehidupan sebenar?

2. Model Kemmis & McTaggart (1988)


Model tradisional yang selalu diaplikasikan dalam menjalankan kajian tindakan adalah berdasarkan model “action research cycle” yang mempunyai asal usul daripada Kemmis dan McTaggart (1988). Menurut Kemmis & McTaggart, model ini mempunyai 4 elemen, iaitu:

i. Mereflek (reflect)
ii. Merancang (plan)
iii. Bertindak (action)
iv. Memerhati (observe)

Model ini adalah relevan terutamanya dalam konteks pengendalian kajian tindakan amalan seperti yang dijalankan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran. Proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru perlu memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.

Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Kitaran Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Kitaran Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Kitaran Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.

3. Model Stringer (1999)




Satu model kajian tindakan yang dipelopori oleh Stringer (1999) adalah lebih sesuai sekiranya seseorang guru hendak menjalankan kajian tindakan bercorak penyertaan. Stringer (1999) melihat kajian tindakan penyertaan (participatory action research) sebagai satu gelung interaksi seperti yang ditunjukkan pada rajah. Gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (action). Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui.

Dalam model ini, Stringer (1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan (stakeholder) memahami isu yang mereka alami. Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan. Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan. Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul.

Ini merangkumi pengwujudan pelan tindakan dan menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan objektif serta memperoleh sumber-sumber yang diperlukan. Ia juga termasuk melaksanakan pelan, menggalakkan orang menjalankannya dan menilainya dari segi keberkesanan dan pencapaian.

Monday, October 26, 2009

TUGASAN KELAS: 10 SEBAB GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN

Antara sebabnya ialah:

1. memperluaskan tahap pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang pendidikan

2. mengaplikasi dan melaksanakan sesuatu kajian sesuai dengan kehendak dan tuntutan situasi
dan persekitaran pengajaran

3. memberi manfaat kepada murid dimana kajian yang dijalankan memberi peluang
meningkatkan tahap pencapaian murid khususnya dalam bidang akademik

4. membentuk diri menjadi pendidik yang hebat dan berkebolehan

5. mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah dan isu yang timbul

6. mencari kaedah atau strategi pengajaran yang terbaik berdasarkan alternatif yang sedia ada

7. untuk mencurahkan idea- idea baru dalam bidang pendidikan

8. memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran khususnya dalam bidang yang diceburi

9. mempelbagaikan gaya pengajaran untuk menjadi pendidik yang lebih kreatif

10. supaya pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan lebih telus dan efektif

11. untuk menilai kelemahan dan kelebihan diri sendiri

PENDIDIK= PENGKAJI

sebagai seorang pendidik, kita perlu mengkaji.
pendidik = pengkaji?