Berdasarkan tajuk kajian, huraikan - kekuatan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan.
SUBJEK SAINS
- Sains adalah suatu mata pelajaran yang berkisarkan tentang ilmu yang berurusan dengan dunia fizikal dan pelbagai kebendaan yang wujud di sekeliling manusia. Melalui pengajaran sains, pelajar-pelajar dapat mengenalpasti fenomena, kejadian dan pembentukan yang berkaitan dengan dunia fizikal seperti gerhana matahari dengan lebih mendalam apabila memahami konsep sebenar pengajaran sains.
- Subjek sains dapat memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar seperti menghargai, mensyukuri dan melahirkan rasa kasih sayang terhadap benda-benda yang wujud di sekeliling mereka seperti flora dan fauna, matahari, hujan dan angin.
- Pelajar-pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan dan informasi yang berkaitan dengan pengajaran sains dalam kehidupan harian mereka seperti pengamalan diet yang seimbang.
SUBJEK PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
- Ilmu bagi matapelajaran boleh diaplikasikan di dalam kehidupan seharian pelajar. Pelajar boleh mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari contohnya di dalam mengendalikan perniagaan seperti perniagaan keluarga atau sebagainya. Selain itu matapelajaran ini juga dapat menerapkan sifat-sifat keusahawanan dalam diri seseorang pelajar selaras dengan kehendak kerajaan yang menggalakkan aktiviti keusahawanan.
- Bagi pihak guru, kekuatan matapelajaran perdagangan ini ialah ianya boleh di ajar dengan pelbagai kaedah seperti kaedah, kuliah atau mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Guru juga boleh mengaitkan isu-isu semasa dengan subjek ini memandangkan teori-teori perdagangan yang ada didalam kandungan pelajaran ada yang diadaptasi oleh syarikat-syarikat perniagaan masakini.
Mata pelajaran perdagangan dan sains diajar mengikut perkembangan semasa dan mempunyai hubung kait dengan aktiviti harian. Selain itu, subjek ini juga membantu dan membimbing pelajar dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Para pelajar berpeluang menjana idea mereka dalam menghasilkan pandangan yang kreatif dan rasional tentang aktiviti pengajaran. Subjek perdagangan ini juga merupakan sesuatu yang menarik kerana pelbagai aktiviti yang boleh dirancang dan dilaksanakan sesuai dengan topik yang diajar.
0 comments:
Post a Comment