? ??????????????Lightning Bolt? ????? ?? ???Rating: 4.1 (141 Ratings)??21 Grabs Today. 27090 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Sweet Beach? ????? ?? ???Rating: 4.3 (351 Ratings)??20 Grabs Today. 103043 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ??????????? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN KELAS: KONSEP DAN MODEL KAJIAN TINDAKAN


Dalam ucapan perasmian Seminar Kebangsaan Penyelidikan Pendidikan
1993, Dr. Wan Zahid berkata;

"Dalam konteks untuk mengenal pasti pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Kajian Tindakan perlu dijalankan di peringkat sekolah, terutama oleh guru-guru yang terlibat dalam kegiatan pengajaran di bilik-bilik darjah. Pihak guru-guru besar perlu menggalakkan guru-guru menjalankan Kajian Tindakan kerana melalui kegiatan tersebut, pihak guru- guru berkenaan boleh memperbaiki proses pengajaran mereka. " (Prosiding Seminar, hlm. 15)

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988). Elemen penting dalam kajian tindakan ialah keupayaan peserta, kolaborasi melalui penyertaan, pemerolehan pengetahuan dan perubahan sosial. Kajian tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat - tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.


Zuber-Skeritt (1992) mendefinisikan kajian tindakan dengan menggunakan CRASP:
Critical collaboration enquiry by
Reflective practitioners who are
Accountable in making the results of their enquiry public
Self evaluative in the practice and engaged in
Participative problem solving and continuing professional development

(inkuiri kolaborasi kritikal oleh pekerja mahir dan terlatih yang reflektif dimana bertanggungjawab dalam membuat keputusan bagi keterangan umum. Ini melibatkan penilaian diri dalam latihan dan berkaitan dengan kebolehsertaan dalam penyelesaian masalah dan meneruskan kemajuan professional).

MODEL KAJIAN TINDAKAN

1. Model Lewinian (1946)


Kajian tindakan telah dimulakan oleh Kurt Lewin pada tahun 1946. Pada penyelidikan awalnya, beliau menitik-beratkan perubahan-perubahan terhadap sikap dan perlakuan manusia dalam beberapa bidang sosial seperti perkara-perkara yang berhubung dengan kebiasaan pemakanan dan hasil pengeluaran kilang. Penyelidikan ini telah dibuat pada penghujung perang dunia kedua. Sebaik sahaja selepas perang dunia kedua, beliau menjalankan penyelidikan tentang prasangka dan perhubung antara kumpulan sosial. Idea beliau ini telah digunakan oleh rakan-rakan sekerja dan pelajar-pelajarnya dalam penyelidikan pendidikan tentang penggubalan kurikulum dan peningkatan profesionalisma perguruan.

Observation and Reflection (WHAT?)
Peringkat ini melibatkan pengalaman. Contohnya, apa yang berlaku semasa aktiviti simulasi kemiskinan? Apa atmosfera pada masa itu? Bagaimana perasaan? Adakah berfikir atau berubah perasaan terhadap aktiviti tersebut? Bincang bagaimana membuat keputusan semasa latihan ini. Bagaimana menghubungkaitkan dengan yang lain dalam keluarga dan orang dalam komuniti?

Formation of Abstract Concepts and Generalisations (SO WHAT?)
Peringkat ini melibatkan konsep- konsep abstrak atau kesimpulan menyeluruh tentang isu global kemiskinan yang boleh lakukan berdasarkan pengalaman. Contohnya apa gambaran lebih luas? Bagaimana pengalaman dalam simulasi yang berkait pada gambaran lebih luas tentang kemiskinan? Apa yang dipelajari tentang system/ institusi social? Apa konsep- konsep/ idea- idea baru tentang kemiskinan yang boleh dikuti daripada pengalaman?

Testing Implication Concepts In New Situasions (NOW WHAT?)
Peringkat ini ialah berkaitan bagaimana pengalaman merasai aktiviti simulasi kemiskinan boleh memberi kesan pada tingkah lakudan sikap pada masa depan. Adakah sekarang kemiskinan atau berkaitan dengannya dilihat secara berbeza, dan jika ya, bagaimana ini akan menjadi bukti dalam kehidupan? Bagaimana boleh digunakan apa yang dipelajari dalam situasi kehidupan sebenar?

2. Model Kemmis & McTaggart (1988)


Model tradisional yang selalu diaplikasikan dalam menjalankan kajian tindakan adalah berdasarkan model “action research cycle” yang mempunyai asal usul daripada Kemmis dan McTaggart (1988). Menurut Kemmis & McTaggart, model ini mempunyai 4 elemen, iaitu:

i. Mereflek (reflect)
ii. Merancang (plan)
iii. Bertindak (action)
iv. Memerhati (observe)

Model ini adalah relevan terutamanya dalam konteks pengendalian kajian tindakan amalan seperti yang dijalankan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran. Proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru perlu memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.

Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Kitaran Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Kitaran Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Kitaran Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.

3. Model Stringer (1999)




Satu model kajian tindakan yang dipelopori oleh Stringer (1999) adalah lebih sesuai sekiranya seseorang guru hendak menjalankan kajian tindakan bercorak penyertaan. Stringer (1999) melihat kajian tindakan penyertaan (participatory action research) sebagai satu gelung interaksi seperti yang ditunjukkan pada rajah. Gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (action). Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui.

Dalam model ini, Stringer (1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan (stakeholder) memahami isu yang mereka alami. Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan. Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan. Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul.

Ini merangkumi pengwujudan pelan tindakan dan menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan objektif serta memperoleh sumber-sumber yang diperlukan. Ia juga termasuk melaksanakan pelan, menggalakkan orang menjalankannya dan menilainya dari segi keberkesanan dan pencapaian.

0 comments: